Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran untuk pelajar kembali ke Sabah. Pelajar adalah dinasihatkan untuk terus
kekal di tempat
kediaman kampus masing-masing selaras dengan PKP bagi membantu menyekat penularan wabak ini.
Walaubagaimanapun, pelajar yang ingin kembali ke Sabah di atas sebab-sebab
seperti berikut hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada IPT masing-masing:
- IPT diarah untuk mengosongkan kampus ekoran ada kes pelajar positif Covid-19;
- Asrama IPT dijadikan pusat kuarantin;
- Cuti semester dipanjangkan kerana tarikh pendaftaran semester selanjutnya di tunda ke bulan Jun;
- Sebab-sebab lain yang munasabah
Walaupun mendapat kebenaran balik tetapi didapati mempunyai symptom Covid-19
hendaklah menjalani kuarantin di Pusat kuarantin yang telah ditetapkan. Bagi
pelajar yang sihat juga perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing dan
sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagi
pelajar luar negara yang balik dari luar negara akan disaring di KLIA, sekiranya
ada symptom Covid-19 akan di kuarantin di pusat kuarantin di Kuala Lumpur.
Mereka yang sihat boleh terus terbang ke Sabah tetapi kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari.